Tell us who you are and how our products and services can help you.
Ninja Van
Ditubuhkan pada tahun 2015, Ninja Van Malaysia adalah sebuah syarikat logistik ekspres yang dipacukan oleh teknologi yang menyediakan pelbagai penyelesaian rantaian bekalan untuk semua jenis perniagaan di seluruh negara.
Dengan tujuan untuk memberikan perkhidmatan yang membawa kegembiraan dan kepantasan yang jauh lebih baik berbanding sebelumnya, Ninja Van Malaysia berdedikasi untuk berusaha lebih jauh dan membawa perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.
Sehingga kini, Ninja Van Malaysia mempunyai 100% liputan penghantaran di Malaysia dan merupakan salah satu syarikat logistik teknologi yang berkembang pesat di negara ini. Untuk maklumat lebih lanjut, lawati https://www.ninjavan.co/en-my.
PERKHIDMATAN LOGISTIK EKSPRES
Kami menawarkan pelbagai pilihan penghantaran seperti perkhidmatan kurier tempatan, penghantaran standard, penghantaran keesokan hari serta penghantaran bungkusan antarabangsa.