loader image

Nahrich Honey Resources

WEBSITE

1 of 9

CONTACT FORM

2 of 9

WHATSAPP

3 of 9

WATCH VIDEO

4 of 9

FACEBOOK

5 of 9

YOUTUBE

6 of 9

INSTAGRAM

7 of 9

TWITTER

8 of 9

BROCHURES

9 of 9

Nahrich Honey Resources

WEBSITE

1 of 9

CONTACT FORM

2 of 9

WHATSAPP

3 of 9

WATCH VIDEO

4 of 9

FACEBOOK

5 of 9

YOUTUBE

6 of 9

INSTAGRAM

7 of 9

TWITTER

8 of 9

BROCHURES

9 of 9

SAY HELLO TO US!

Tell us who you are and how our products and services can help you.

Drop your name card here (jpg and png only):

Nahrich Honey Resources

NAHRICH HONEY RESOURCES telah ditubuhkan oleh Namelfi Amran, Nurul Munirah dan Mohamad Hanafi pada Julai 2020 dan bertempat di Southville City, Dengkil. Ia bermatlamat untuk membekal madu asli (tualang, kelulut & melifera) dan produk-produk berasaskan madu asli kepada orang ramai. Dalam memastikan pelanggan mendapat madu asli yang berkualiti, perniagaan ini telah mengikuti ujian makmal tentang bacaan keaslian madu di Unipeq UKM dan Genom Malaysia. Disamping itu, perniagaan ini juga berkongsi manfaat dan khasiat madu asli kepada semua orang terutama dalam membantu badan sihat, bertenaga. dan dapat menikmati khasiat madu asli dalam kehidupan seharian mereka.

Madu Tualang

Madu Tualang NAH adalah madu lebah tualang asli. Madu lebah tualang merupakan madu lebah asli yang bersumber dari nektar bunga hutan lalu dikumpulkan menjadi madu oleh Apis Dorsata. Madu Tualang NAH tidak melalui apa-apa proses pengeringan atau penyejatan. Madu yang dituai hanya diperah dan ditapis sebelum dibotolkan.

Honey Fruit Cake

Honey Fruit Cake meripakan kek kukus buah yang dimakan bersama Sos Madu Tualang. Kek yang diperbuat dengan mentega asli serta dilimpahi dengan buah campuran, cranberi dan kismis mempunyai keunikan tersendiri apabila dimakan bersama madu tualang.

Madu Lebah Mellifera

Lebah Mellifera atau lebah Eropah merupakan lebah madu tergolong dalam keluarga Apis (Apis mellifera).Apis mellifera corniola dianggap sebagai lebah yang mempunyai produktiviti yang tinggi dalam menghasilkan madu. Ia banyak diternak secara besar-besaran di beberapa buah negeri yang berpotensi dalam menghasilkan lebah madu secara komersial.

Sarang Madu Tualang

Sarang madu tualang ialah madu tualang yang dijual bersama sarang. Sarang Madu Tualang NAH tidak melalui apa-apa proses pengeringan atau penyejatan. Madu yang dituai hanya diperah dan ditapis sebelum dibotolkan bersama sarang.

Madu Tualang Stik

Madu Tualang Stik merupakan madu tualang yang telah dibungkus ke dalam stik. Madu tualang merupakan madu lebah asli yang bersumber dari nektar bunga hutan lalu dikumpulkan menjadi madu oleh Apis Dorsata. Madu Tualang NAH tidak melalui apa-apa proses pengeringan atau penyejatan. Madu yang dituai hanya diperah dan ditapis sebelum dibotolkan.

Honey Shots

Honey shots merupakan air madu tualang yang mempunyai perisa asli, bunga telang dan lemon. Perisa asli merupakan air minuman yang dicampur Bersama madu tualang manakala perisa bunga telang dan lemon digunakan untuk menghasilkan perisa yang lain dan berkhasiat. Honey shots boleh diamalkan setiap hari dan sedap dinikmati ketika sejuk.

Pearl Honey Soap

Pearl Honey Soap ialah sabun yang diformulakan dengan campuran madu tualang bersama bahan-bahan semulajadi seperti kayu manis, minyak argan dan lain-lain. Sabun ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit yang normal.

Madu Tualang Doorgift

Nah Honey juga menyediakan Madu Tualang dalam bentuk ‘Doorgift’ yang sesuai digunakan untuk semua jenis majlis seperti majlis pekahwinan atau majlis pelancaran. Madu tualang dimasukkan ke dalam balang kaca dan dihiasi dengan kain dan tali membuatkan ia merupakan pemberian istimewa kepada penerima.