loader image

MEDIACE Sdn Bhd

WEBSITE

1 of 9

CONTACT FORM

2 of 9

WHATSAPP

3 of 9

WATCH VIDEO

4 of 9

FACEBOOK

5 of 9

YOUTUBE

6 of 9

INSTAGRAM

7 of 9

TWITTER

8 of 9

BROCHURES

9 of 9

MEDIACE Sdn Bhd

WEBSITE

1 of 9

CONTACT FORM

2 of 9

WHATSAPP

3 of 9

WATCH VIDEO

4 of 9

FACEBOOK

5 of 9

YOUTUBE

6 of 9

INSTAGRAM

7 of 9

TWITTER

8 of 9

BROCHURES

9 of 9

SAY HELLO TO US!

Tell us who you are and how our products and services can help you.

Drop your name card here (jpg and png only):

MEDIACE Sdn Bhd

Syarikat kami ialah pengilang yang membekal pelbagai jenis kanvas PVC dan PE terutamanya kanvas kolam ikan bagi tujuan akuakultur, kanvas penutup khemah tanaman, kanvas pelindung sinaran UV, kanvas penutup cerun bukit tanaman, pelapik bawah kolam ikan akuakultur dan sebagainya. Kami menerima tempahan untuk menenuhi permintaan khusus pelanggan. Kami membekal set penuh produk kanvas seperti rangka kolam ikan, rangka khemah tananam dan sebagainya. Kami juga memerima tempahan khusus pelanggan seperti kanvas bot ikan, kanvas lori sayur, khemah Pasar Tani FAMA, kanopi dan peralatan untuk pesta tani dan lain-lain. Kelebihan kami berbanding dengan pemborong ialah kami dapat menawarkan servis pemansangan di tapak pelanggan.

KOLAM IKAN

Kanvas kolam ikan kami dibuat daripada kanvas PVC atau PE dan 100% kalis air manakala rangka kolam dibuat dariapda samada besi atau paip plastic,Kami merupakan pengilang , maka kami dapat menerima tempahan untuk memenuhi keperluan khusus setiap pelanggan. Kaedah cantuman sedemikian menjadikan mata cantuman tahan lasak dan tidah mudah bocor. Kelebihan anti-bocor ini amat penting kepada pengusaha akuakultur.

PELAPIK BAWAH DAN KANVAS KOLAM IKAN AKUAKULTUR

Kami merupakan pembekal bahan mentah kepada pengusaha akuakultur yang mengusahakan kolam ikan / udang. Kolam ternakan tersebut dibina sama-ada di atas tanah atau di bawah tanah. Kedua jenis kolam memerlukan kanvas kolam / kanvas pelapik bawah. Kolam tersebut dikehendaki dilapik dengan lapisan kanvas PVC terlebih dahulu untuk menghalang air kolam meresap ke dalam tanah.

KANVAS PENUTUP CERUN KEBUN

Kami membekal kanvas penutup cerun kebun, kanvas tersebut 100% kalis air dan tahan lasak. Cantuman kanvas dibuat dengan menggunakan mesin berfrekuensi tinggi. Mesin sebegini mencairkan permukaan kanvas PVC atau PE lalu menyepadukan kanvas sepenuhnya. Kaedah cantuman sedemikian menjadikan mata cantuman tahan lasak dan tidak mudah pecah. Ciri ketahanan amat penting bagi tujuan mencegah tanah runtuh terutamanya pada musim hujan.

KHEMAH KEBUN / PASAR TANI

Kami adalah pengilang yang membuat khemah, khususnya khemah luar bilik untuk kegunaan kebun dan Pasar Tani. Kami membekal khemah kepada FAMA juga. Kami juga membuat saiz tempahan khusus yang diminta oleh pelanggan. Kanvas khemah kami dibuat daripada pelbagai jenis fabrik seperti kanvas PVC, PE, Oxford Polyester manakala rangka khemah dibuat daripda besi yang bergalvani.

JARING TEDUH AGRO / JARING PELINDUNG MATAHARI

Jaring Teduh Agro juga dinamakan Jaring Teduh Matahari, Jaring Teduh Rumah Hijau, Jaring Teduh Pertanian dan sebagainya. Jaring tersebut digunakan secara meluas untuk pelbagai tanaman termasuk sayur-sayuran, bunga dan tanaman perubatan. Jaring Teduh Agro kami dibuat daripada Polietilena (HDPE) dengan penstabil UV dan anti-oksida. Ciri-ciri jaring kami adalah ringan, berkualiti tinggi, tahan lasak dan stabil di bawah pancaran matahari terik dan hujan lebat.