loader image

Kia Shing Foodtec Sdn Bhd

WEBSITE

1 of 9

CONTACT FORM

2 of 9

WHATSAPP

3 of 9

WATCH VIDEO

4 of 9

FACEBOOK

5 of 9

YOUTUBE

6 of 9

INSTAGRAM

7 of 9

TWITTER

8 of 9

BROCHURES

9 of 9

Kia Shing Foodtec Sdn Bhd

WEBSITE

1 of 9

CONTACT FORM

2 of 9

WHATSAPP

3 of 9

WATCH VIDEO

4 of 9

FACEBOOK

5 of 9

YOUTUBE

6 of 9

INSTAGRAM

7 of 9

TWITTER

8 of 9

BROCHURES

9 of 9

SAY HELLO TO US!

Tell us who you are and how our products and services can help you.

Drop your name card here (jpg and png only):

Kia Shing Foodtec Sdn Bhd

Kia Shing Foodtec Sdn Bhd ditubuhkan pada 25.04.2018 bertempat di Batu Pahat, Johor. Syarikat kami menghasilkan Buah Kering dengan menggunakan teknologi “Low Temperature Vacuum Dried (LTVD)” dan juga “Solar Dome Dryer (SDD)”. LTVD adalah teknologi pertama di Malaysia yang menghasilkan buah kering yang rangup, dan mengekalkan rasa asli buah tanpa menggunakan perasa, pewarna dan pengawet tambahan. Teknologi SDD pula yang lebih moden, bersih dan lebih efisien dapat menghasilkan produk yang berkualiti tinggi berbanding dengan cara penyalaian makanan secara tradisional. Kami menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dengan menggunakan bahan mentah yang ditanam daripada kebun kami sendiri. Selain daripada buah kering, kami juga menghasilkan jus dan pes buah.

My Dusun Vacuum Dried Durian

Vacuum Dried Durian dihasilkan dengan menggunakan teknologi LTVD yang mengekalkan rasa asli Durian tanpa menggunakan pewarna dan pengawet tambahan. Kaya dengan Vitamin B dan C, antioksidan, serat dan mineral. Teknologi baru ini mengekalkan nutrien dan memanjangkan jangka hayat durian kering ini.

My Dusun Vacuum Dried Durian Coconut

Vacuum Dried Durian Coconut dihasilkan dengan menggunakan teknologi LTVD yang mengekalkan rasa asli Durian dan Kelapa tanpa menggunakan perasa, pewarna dan pengawet tambahan. Rasa gabungan yang unik dengan rasa lemak kelapa yang mejadikan ia sangat sedap dinikmati oleh pelbagai lapisan usia. Kaya dengan Vitamin B dan C, antioksidan, serat dan mineral. Teknologi baru ini mengekalkan nutrien dan memanjangkan jangka hayat durian kelapa kering ini.

My Dusun Vacuum Dried Dragon Fruit

Vacuum Dried Dragon Fruit dihasilkan dengan menggunakan teknologi LTVD yang mengekalkan rasa asli Buah Naga tanpa menggunakan perasa, pewarna dan pengawet tambahan. Kaya dengan antioksidan, Vitamin A dan C, mineral dan serat dan dapat membantu mengawal paras gula dalam darah, melancarkan sistem penghadaman, dan meningkatkan kesihatan mata. Teknologi baru ini mengekalkan nutrien dan memanjangkan jangka hayat buah naga kering ini.

My Dusun Vacuum Dried Pineapple

Vacuum Dried Pineapple dihasilkan dengan menggunakan teknologi LTVD yang mengekalkan rasa asli Nanas tanpa menggunakan perasa, pewarna dan pengawet tambahan. Kaya dengan mineral, Vitamin B, C, A dan K, dan mengandungi antioksida dan enzim penghadaman yang dapat membantu meningkatkan imun sistem dan membantu sistem penghadaman. Teknologi baru ini mengekalkan nutrien dan memanjangkan jangka hayat nanas kering ini.

My Dusun Vacuum Dried Banana

Vacuum Dried Banana dihasilkan dengan menggunakan teknologi LTVD yang mengekalkan rasa asli Pisang tanpa menggunakan perasa, pewarna dan pengawet tambahan. Kaya dengan serat, Vitamin B dan C, mineral dan antioksidan yang dapat membantu mengawal paras gula dalam darah dan meningkatkan sistem penghadaman. Teknologi baru ini mengekalkan nutrien dan memanjangkan jangka hayat pisang kering ini.

My Dusun Vacuum Dried Coconut Chips Sugar Melaka

Vacuum Dried Coconut Chips Sugar Melaka dihasilkan dengan menggunakan teknologi LTVD yang mengekalkan rasa asli Kelapa yang dicampurkan dengan gula melaka tanpa menggunakan pewarna dan pengawet tambahan. Rasa unik gula melaka merupakan gabungan yang sempurna dengan dengan rasa kelapa segar, dan ia tinggi dengan vitamin dan mineral. Teknologi baru ini mengekalkan nutrien dan memanjangkan jangka hayat kelapa gula melaka kering ini.

My Dusun Solar Dried Guava

Solar Dried Guava menggunakan teknologi SDD yang moden, lebih bersih dan lebih efisien. Jambu mengandungi kandungan nutrien yang tinggi terutamanya Vitamin A dan C. Vitamin C di dalam jambu 4 kali ganda lebih tinggi berbanding oren, dan Vitamin A 10 kali lebih tinggi berbanding lemon. Teknologi baru ini mengekalkan nutrien dan memanjangkan jangka hayat jambu solar ini.

My Dusun Solar Dried Papaya

Solar Dried Papaya menggunakan teknologi SDD yang moden, lebih bersih dan lebih efisien. Rasa buah yang sebenar yang manis dan enak dengan haruman seperti limau kasturi (musky) dan tekstur isinya yang lembut seperti mentega, tidak hairanlah jika ia dipanggil sebagai "fruit of the angels" oleh Christopher Columbus. Buah betik yang telah dikeringkan ini berjaya mengekalkan serat dan tinggi Vitamin C seperti buah sebenar.

My Dusun Solar Dried Pink Guava

Solar Dried Pink Guava menggunakan teknologi SDD yang moden, lebih bersih dan lebih efisien. Jambu batu merah merupakan buah tropika yang kaya dengan nutrisi terutamanya sumber Vitamin C yang tinggi 6 kali ganda berbanding dari buah citrus dan 10 kali ganda berbanding buah pisang. Kaedah pemprosesan yang baru ini dapat mengekalkan kandungan gizi yang terdapat di dalam buah sebenar dan memanjangkan jangka hayat jambu batu merah solar ini.

My Dusun Solar Dried Cavendish Banana

Solar Dried Cavendish Banana menggunakan teknologi SDD yang moden, lebih bersih dan lebih efisien. Pisang Cavendish merupakan pisang yang digemari ramai di serata dunia, Isinya bewarna putih, bertekstur halus dan lembut serta berbau wangi, mempunyai rasa yang manis dan bergizi tinggi. Teknologi baru ini mengekalkan nutrien dan memanjangkan jangka hayat pisang solar ini.