loader image

AGROBANK

WEBSITE

1 of 9

CONTACT FORM

2 of 9

WHATSAPP

3 of 9

WATCH VIDEO

4 of 9

FACEBOOK

5 of 9

YOUTUBE

6 of 9

INSTAGRAM

7 of 9

TWITTER

8 of 9

BROCHURES

9 of 9

AGROBANK

WEBSITE

1 of 9

CONTACT FORM

2 of 9

WHATSAPP

3 of 9

WATCH VIDEO

4 of 9

FACEBOOK

5 of 9

YOUTUBE

6 of 9

INSTAGRAM

7 of 9

TWITTER

8 of 9

BROCHURES

9 of 9

SAY HELLO TO US!

Tell us who you are and how our products and services can help you.

Drop your name card here (jpg and png only):

AGROBANK

Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro. Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.

KEMPEN DEPOSIT BONANZA

Simpan Bertimbun, Hadiah Merimbun. Deposit di Agrobank dan berpeluang memenangi hadiah. Kempen bermula dari 1 April 2022 sehingga 31 Mac 2023. Terbuka kepada pelanggan baru dan pelanggan sedia ada yang membuka akaun Agro PrimaS, Agro Tani-i Plus atau Agro Perdana-i Plus dalam tempoh kempen.

KREDIT MIKRO

Skim kemudahan pembiayaan yang ditawarkan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) kepada komuniti usahawan mikro dan kategory B40. Tiada cagaran dan penjamin diperlukan. Had maksimum pembiayaan RM150,000.00.

HARTANI-i

Pembiayaan kepada kakitangan kerajaan, swasta serta individu berpendapatan stabil untuk membeli tanah pertanian. Pembelian termasuk pembelian terus daripada penjual, lelongan awam atau pembelian tanah yang akan/telah dilelong oleh Agrobank. Tanah yang dibeli mempunyai geran hak milik individu atau telah dipecah bahagi mengikut bahagian yang akan mendapat hak milik individu sahaja.

AGRO MABRUR-i PLUS

Perlindungan takaful mampu milik dengan bayaran tahunan yang berpatutan di bawah Program Perlindungan Tenang. Amaun perlindungan sehingga RM45,000.00. Terpakai ke atas umur 16-30 tahun untuk manfaat Kematian/Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal Akibat Kemalangan. Bagi peserta bukan Islam, manfaat Badal Haji akan dibayar sebagai tambahan kepada perbelanjaan serta-merta kematian.

TAKAFUL KASIH PLUS

Perlindungan kemalangan diri ini menyediakan manfaat kematian akibat kemalangan, keilatan kekal, perbelanjaan pengebumian, rawatan perubatan dan elaun tunai wad. Agrobank menyediakan perlindungan 24 jam sehari di seluruh dunia. Terdapat 6 pelan menarik mengikut pilihan pelanggan.Tempoh perlindungan adalah 1 tahun.

PEMBIAYAAN BERJANGKA-i

Kemudahan pembiayaan Islam yang diberikan kepada pelanggan bagi menjalankan kegiatan atau projek yang mempunyai hubung kait dengan bidang pertanian. Berdasarkan konsep Tawarruq. Produk ini menawarkan kemudahan pembiayaan untuk membeli aset, barang atau perkhidmatan, menebus aset, mendapatkan modal kerja, pembiayaan semula, penstrukturan semula dan pembiayaan atau kemudahan yang patuh syariah.

MOBILE BANKING (AGRONET MOBILE)

AGRONet adalah platform yang membenarkan pelanggan melakukan urusan perbankan secara serta-merta, bila-bila masa, di mana jua menggunakan akses internet. AGRONet Mobile ialah perbankan mudah alih AGRONet, perkhidmatan yang disediakan oleh bank yang membolehkan pelanggannya melakukan transaksi kewangan dengan segera dan mudah menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar atau tablet.

KEMPEN CASH-BULOUS

Kempen ini menggunakan mekanisma cabutan bertuah bagi menentukan Pemenang. Pelanggan yang melanggan produk Takaful Kemalangan Diri, Takaful Motor dan Penulisan Wasiat di dalam tempoh kempen berpeluang memenangi wang tunai pada cabutan berkala dan hadiah ekslusif pada cabutan pertama dari Agrobank. Kempen bermula dari 1 April 2022 sehingga 31 Januari 2023.

AGRO CASHLINE-i

Kemudahan overdraf untuk membiayai perniagaan yang berasaskan pertanian dan industri asas tani melalui Akaun AgroPerdana-i. Produk ini adalah berasaskan konsep Tawarruq.

MODAL KERJA-i

Kredit pusingan jangka pendek yang disediakan untuk membiayai keperluan modal kerja bagi perniagaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam sektor pertanian dan aktiviti asas tani.